This message was posted in the Bulletin
by Adiputra and he thinks that U might b
interested to read his view and hear
your comment:
—————————————-
Ni nak cerita la luahan hati.. Berkenaan
message yang kita forward2. Bukannya
berilmu sgt tp sekadar ingin berkongsi
pandangan aku.
Aku slalu jek terima forwarded message
dari kawan2 sendr yg relevancy mesej2 tu
sume…agak kurang menyenangkan aku..
Kebanyakan dari kita suka forward:
1) Mesej2 yang memerlukan kita hantar
kepada sekian ramai orang, and kalau
kita hantar, sesuatu yang baik akan
berlaku.
2) Mesej2 yang memerlukan kita hantar
kepada sekian ramai orang, and kalau
kita TAK hantar, sesuatu yang buruk akan
berlaku.
3) Mesej yang : If you do not send this
to at least 20 Friendster members, we
will delete your account.WARNING! We
want to find out which users are
actually using their friendster
accounts. IF YOU DO NOT PASS this letter
to anyone we will delete your account.
> > > > > > > > > > > > > > > Mr. Allen
Smith
Ntah2 allen smith tu pun tak wujud.
Friendster sampai tulis announcement kat
depan page profile katakan yg mesej ni
HOAX. rentikanlah hantar kawan2ku..
4) Mesej2 yang tak relevan spt.
"hantar message ni kepada 10 org utk
tahu brape ramai kawan yang kita ada",
ATAU "hantar message ni kpd 10 org untuk
mengetahui jawapan bagi soalan diatas.."
ATAU Kirim balik jika kamu anggap aku
temanmu selamanya. Kirim ke semua
temanmu.. Lihat brapa banyak teman yang
sayang kamu!!!!!!!!!!!!!!!
Of course kalau ikut logik, benda ni cam
tak relevan.. Ntah la aku pun tak tau..
Untuk jenis yang terakhir tu pulak kan,
(yang dia suh kirim balik kat
penghantar) takkan la si penghantar nak
dapatkan balik message yg sama? Hntar
mesej Hi sudah ye dak?
Anyway.. concern aku ialah mesej no 1 &
2. The others tu tak kisahla. Kekadang
fun jugak. My view on the first 2 types
of forwarded message tu.. ianya
sebenarnya boleh membawa kepada syirik.
Syirik ni ada yang kita sedar dan ada
yang kita tak sedar.. Zaman skarang ni
akibat kurangnya pengetahuan atau..
‘terlupa’ membuatkan kita tidak tahu
yang sesetengah action kita mendatangkan
dosa tanpa disedari. Ingatla bahawa
tiada siapa yang boleh memudaratkan org
lain atau membahagiakan org lain kecuali
dengan izin Allah. Forward message
takkan sesekali ada kuasa sebegitu utk
memudaratkan org atau beri kebahagiaan..
Jika sesiapa yang selepas ni baca mesej
aku ni, and korang buat lagi utk antar
mesej2 umpama tu, ianya jadi perkara
khurafat kerana anda telah tahu..
Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud
radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Barang siapa mati dalam keadaan
menyembah sesembahan selain Allah,
masuklah ia ke dalam neraka." (HR Bukhari)
Ada satu lagi anologi yang aku dapat :
Syirik boleh berlaku melalui i’tiqad
(keyakinan), perbuatan atau perkataan.
Di antara syirik yang sering berlaku
dalam kehidupan kita tanpa disedari
ialah mengakui dan meyakini bahawa
seseorang bomoh itu berkuasa
menyembuhkan pesakit.Sekiranya bomoh itu
tak mengubatinya, mungkin dah lama dia
meninggal dunia. Dalam hal ini, secara
tidak langsung dia telah menyengutukan
Allah SWT dengan kata lain bahawa bomoh
itu sahaja yang boleh berkuasa menyembuh
penyakit tersebut. Sedangkan Allah
SWTlah yang Maha Berkuasa di atas
segala-galanya. Cth. lain: mempercayai
pokok-pokok besar mempunyai kuasa dan
seumpamanya. Ni sumer same jek dengan
forward message yang macam No 1&2.
Anyway, terima kasih kpd sesape yg slalu
antar kt aku sblm ni. Your thoughts
memang aku hargai but ianya salah. Apa
kata kita tukar and forward msg2 yang
kelakar2 ke, informative ke, trivia
question ke, teka teki ke, educational
ke, latest news ke, agama ke.. Kan ok
cam tu.
Pandangan ni aku seru skali kat diri aku
yang sering terlupa.. Andai kata2 diatas
ada kesalahan, silalah tegur balik. Maaf
pada yang tak selesa dgn pandangan ni.
Pas la mesej ni kat kwn2 lain..
(Ler.. Aku plak yang start forward2
balik. Hehe! Tapi ni utk umat islam bai!